Melaka Sebagai Pusat Pendidikan
ekolah merupakan tempat menimba ilmu yang paling asas. Sebelum melangkah ke darjah satu, lazimnya kanak-kanak akan memasuki kelas-kelas tadika atau pra sekolah. Antara kemudahan pendidikan pra sekolah yang terdapat di kawasan Kampung Telok Gong ialah Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA KEMAS). Di peringkat rendah dan menengah, terdapat Sekolah Rendah Sungai Tuang dan Sekolah Menengah Rahmat.
 |
|
| Salah sebuah sekolah berdekatan |
|
|
Akademi Laut Malaysia (ALAM) merupakan salah satu pusat pembelajaran perkapalan di Kuala Sungai Baru. Akademi dilengkapi dengan kemudahan yang mencukup dan termoden di rantau ini. Ia juga mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan profesional. Pelajarnya akan didedahkan kepada aspek-aspek pengajian maritim termasuk menjalani latihan praktikal dengan agensi atau syarikat-syarikat perkapalan tertentu.
Di samping itu, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Melaka terletak lima kilometer dari Pekan Kuala Sungai Baru. KTIAM adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi Islam yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka dan menawarkan program-program diploma dan sijil. Industri pendidikan di sini juga semakin berkembang pesat berikutan usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat pendidikan.
|