Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia

N
  “Terdapat chalet-chalet dibina di sepanjang pantai untuk kemudahan pengunjung”
   

egeri Melaka sememangnya dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di Malaysia. Negeri Melaka begitu kaya dengan warisan budayanya yang tersendiri dan tempat-tempat bersejarah untuk dilawati. Slogan Melaka “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia” secara ringkas sudah dapat memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong. Keunikan ini meletakkan Negeri Melaka sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang.

Keindahan pantai Telok Gong yang terletak di persisiran pantai, menarik ramai pengunjung untuk berkelah terutama pada hari cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Keindahan pantai Telok Gong yang putih bersih dan sesuai untuk aktiviti perkelahan adalah faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan di sini.

 
Persisiran dan tebing di Pulau Konit
 

Sebagai langkah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pantai Telok Gong, pelbagai jenis chalet disediakan dengan harga yang berpatutan untuk kemudahan pengunjung menginap atau bermalam. Antara chalet-chalet yang terdapat di kampung ini ialah Chalet Damar Suria Resort, Chalet Harmoni, Chalet Tripplet Cottage, Chalet Istana Beach dan Chalet Makmur Resort.

Salah satu chalet yang terkenal ialah Chalet Damar Suria. Chalet ini menawarkan harga berpatutan serta sesuai untuk seisi keluarga bercuti dan berehat. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di chalet ini seperti bilik seminar dan kawasan riadah bagi para pengunjung yang ingin melakukan aktiviti sukan, kolam renang, padang bola tampar, pusat karaoke dan taman permainan kanak-kanak.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK