Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia

M

elaka merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budayanya. Sejajar dengan slogan “Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia”, Melaka menawarkan pelbagai keistimewaan sama ada dari segi pelancongan, ekonomi, infrastruktur dan sebagainya. Melaka terletak di pinggir Selat Melaka dan menjadi tumpuan pengunjung tempatan mahupun luar.

Kampung Telok Gong merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pesisiran pantai. Pantainya yang bersih dan cantik menjadi tumpuan penduduk di kampung ini untuk beriadah di waktu lapang. Terletak dalam Daerah Alor Gajah, jarak perjalanan ke Kampung Telok Gong adalah 40 kilometer dari Bandar Melaka. Sebelum sampai ke Kampung Telok Gong, anda akan melalui Pekan Kuala Sungai Baru yang menjadi tanda arah untuk ke kampung tersebut.

Sebuah stesen penjana kuasa elektrik, Powertek menjadi mercu tanda untuk ke Perpustakaan Desa Telok Gong. Perpustakaan ini terletak berhadapan dengan stesen penjana kuasa elektrik dan berhampiran Pantai Telok Gong. Tambah menyamankan bila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa dari pantai Selat Melaka.

Kampung Telok Gong juga terkenal sebagai pusat pelancongan yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar. Kampung yang membangun dengan sektor pertanian dan perikanan serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk menjana pertumbuhan ekonomi penduduk Kampung Telok Gong.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK