Jaminah Pengusaha Inang-inang

B

idang keusahawanan di sini kebanyakannya menjalankan program di bawah projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Di antara perusahaan yang semakin meningkat di Kampung Telok Gong ialah pembuatan inang-inang, sejenis makanan tradisional berasaskan pulut.

“Sehari Jaminah dapat menghasilkan 200 keping inang-inang”  
   

Jaminah Haji Bakri merupakan salah seorang pengusaha makanan ringan yang terdapat di Kampung Telok Gong. Jaminah telah mengusahakan keropok inang-inang sejak 30 tahun lalu. Inang-inang merupakan makanan diperbuat daripada pulut, yang direndam selama dua hari. Selepas direndam, ia akan dikukus dan diwarnakan. Seterusnya, inang-inang dibentuk menjadi bulat dan dijemur selama dua hari sehingga kering.

 

 
 
Jaminah Haji Bakri, pengusaha inang-inang

Jaminah membekalkan inang-inang kepada pelanggan sekitar Masjid Tanah dan ada juga pelanggan yang datang sendiri ke rumah beliau untuk membeli. Selalunya, beliau dapat menghasilkan kira-kira 200 keping inang-inang sehari dan dijual RM13 untuk seratus biji.

Oleh kerana IKS adalah salah satu penyumbang utama kepada ekonomi penduduk Kampung Telok Gong, beberapa agensi telah mempergiatkan usaha untuk meningkatkan mutu produk yang dikeluarkan melalui program IKS seperti menghasilkan pembungkusan yang lebih kemas dan menarik.

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK