Tubuh Sihat Pemangkin Kehidupan Ceria

K

erajaan telah menyediakan beberapa kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik bagi ibu-ibu mengandung. Kemudahan kesihatan yang disediakan sedikit sebanyak dapat menjamin penduduk Kampung Telok Gong menjalani kehidupan yang sihat. Antara kemudahan kesihatan yang disediakan ialah Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru terletak tiga kilometer dari Pekan Kuala Sungai Baru dan lima kilometer dari Kampung Telok Gong. Klinik ini beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Klinik kesihatan ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Kampung Telok Gong.

Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan dan juga kemudahan perubatan yang moden untuk rawatan kesihatan penduduk dari pelbagai peringkat usia.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK