Jaminan Keselamatan
alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk Kampung Telok Gong berganding bahu bagi memastikan keamanan kawasan perumahan mereka. Selain itu, tanggungjawab ini dipikul oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan mewujudkan Biro Keselamatan yang menjadi tonggak utama penduduk.
Kampung Telok Gong terletak di bawah kawasan atau kawalan Balai Polis Kuala Sungai Baru. Balai Polis ini telah dibuka pada tahun 1982. terdapat juga balai polis lain yang berhampiran iaitu Pondok Polis Kuala Linggi dan Pondok Polis Paya Mengkuang.
Balai Polis Kuala Sungai Baru ini dikendalikan oleh 14 anggota biasa dan di ketuai oleh seorang Ketua Balai. Sementara anggota bagi Pondok Polis Kuala Linggi dan Polis Paya Mengkuang masing-masing mempunyai anggota seramai dua orang.
Selain JKKK dan polis, terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan kampung. RELA dianggotai oleh para penduduk kampung yang berusia 16 tahun ke atas. Anggota RELA bertugas secara sukarela dan selalunya mengikut giliran. Dengan adanya kemudahan keselamatan ini, tahap keselamatan di kampung ini adalah terkawal.
|