Inisiatif Agensi Kerajaan

K
 
 
Balai Raya Kampung Teluk Gong

emudahan asas yang terdapat di Kampung Telok Gong sangat lengkap dengan prasarana yang telah dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah. Terdapat kemudahan asas seperti jalan raya yang berturap memudahkan orang ramai berkunjung ke sini tanpa sebarang masalah. Penduduk Kampung Telok Gong kini menikmati bekalan air bersih dan juga bekalan elektrik di setiap rumah.

Selain itu, terdapat juga Balai Raya Kampung Telok Gong. Balai raya ini menjadi tempat perhimpunan masyarakat kampung. Pelbagai aktiviti dijalankan di sini seperti mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), mesyuarat agung bagi sesuatu badan atau persatuan, kelas-kelas kaum ibu seperti marhaban, kelas Fardu Ain dan lain-lain. Klinik kesihatan, perpustakaan desa, sekolah, masjid, surau dan taman permainan turut disediakan bagi memudahkan penduduk Kampung Telok Gong menjalani kehidupan seharian. Selain itu, sistem pengangkutan awan bas dan teksi turut disediakan bagi memudahkan penduduk berulang-alik ke pekan dan Bandar Alor Gajah.

Selain itu, Pasar Kampung Telok Gong telah dibina pada tahun 2006 oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah dan mula beroperasi pada awal tahun 2007 terletak berhampiran Jeti Nelayan. Selain itu, terdapat juga gerai menjual buah-buahan yang dibangunkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Peniaga gerai buah-buahan ini juga mendapat bimbingan pemasaran FAMA secara berkala. Pasar dan gerai buah-buahan ini bukan sahaja dikunjungi penduduk-penduduk setempat bahkan juga dari kampung-kampung berdekatan serta orang-orang luar.

Prasarana lengkap yang disediakan oleh kerajaan untuk penduduk Kampung Telok Gong supaya mereka dapat menikmati kehidupan dalam keadaan yang lebih sempurna.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK