Menyatukan Penduduk
ampung Telok Gong terletak bersempadan dengan Kampung Sungai Tuang, Kampung Sungai Belanga, Kampung Guan dan Kampung Sungai Kertah. Namun begitu, wujud kawasan taman perumahan baru di sekitar kampung ini. Justeru, terjalinlah hubungan kejiranan antara kedua-dua kawasan ini.
 |
|
| Tanjung Bidara yang terletak berhampiran dengan Kampung Teluk Gong |
|
|
Penduduk Kampung Telok Gong berkomunikasi dengan kampung sekitar melalui hubungan kebudayaan dan sukan. Aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telok Gong sering mendapat sambutan dari kampung-kampung berdekatan. Aktiviti sukan dan gotong-royong yang diadakan dapat mengeratkan perhubungan di antara penduduk.
Selain itu, penduduk di sini menjual sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dan barangan runcit di pasar Kampung Telok Gong. Hubungan yang erat dapat dijalinkan melalui perjumpaan penduduk kampung sekitar dan aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK.
Kebanyakan penduduk di kampung ini menghargai kepentingan dan mengutamakan aspek kejiranan dalam kehidupan seharian. Ini kerana semangat kejiranan adalah asas yang paling penting di dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, maju, sejahtera dan harmoni.
|