Menyampaikan Dasar-Dasar Kerajaan

K

ampung Telok Gong ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui JKKK, maklumat–maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. JKKK juga berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberikan faedah kepada masyarakat kampung seperti gotong-royong, sukan dan lain-lain.

JKKK diketuai oleh Abu Bakar Darum selaku Pengerusi. Melalui pentadbiran beliau pelbagai biro diwujudkan bagi memantapkan lagi organisasi JKKK. Antara biro yang diwujudkan ialah Biro Keselamatan Kampung, Biro Pertanian, Biro Kebajikan, Biro Belia, Biro Wanita dan Biro Agama. Sejak sekian lama JKKK berperanan untuk mencapai objektifnya bagi mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung.

Sehingga kini program-program yang dikendalikan oleh JKKK telah berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Contohnya, JKKK bersama penduduk kampung mengadakan aktiviti-aktiviti gotong-royong dan kesukanan bagi merapatkan hubungan silaturahim dan dalam masa yang sama JKKK kampung turut merancang pelbagai aktiviti kemasyarakatan dari masa ke masa.

JKKK Kampung Telok Gong sentiasa mengharapkan kerjasama daripada penduduk untuk memastikan setiap perancangan berjalan lancar. Kerjasama yang baik selama ini telah dapat membantu memajukan kampung. Melalui JKKK juga masyarakat di sini telah mendapat pelbagai maklumat berguna membabitkan hal-hal pembangunan dan dasar-dasar kerajaan.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK