Laut Punca Rezeki

O

leh kerana Kampung Telok Gong terletak di kawasan persisiran pantai Selat Melaka, sudah tentulah industri perikanan menjadi sumber ekonomi utama bagi penduduk kampung ini. Ramai penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan. Ada juga yang berniaga ikan dan makanan laut di pasar Kampung Telok Gong. Ada juga di kalangan nelayan yang menggunakan hasil tangkapan ikan untuk diproses menjadi ikan kering. Ikan kering ini bukan sahaja dijual kepada penduduk setempat, bahkan juga kepada orang luar.

 
 
Bot nelayan di Jeti Kampung Teluk Gong

Keindahan pantai Kampung Telok Gong membuatkan ramai pengunjung yang berkunjung ke sini tidak melepaskan peluang untuk berkelah terutama pada hari cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Sebagai langkah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pantai Telok Gong, banyak chalet disediakan dengan harga yang berpatutan untuk kemudahan pengunjung menginap di sini.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut menyumbang dalam menjana pendapatan penduduk Kampung Telok Gong. Pembuatan keropok Inang-Inang dan kuih-kuih tradisional menjadi salah satu pemangkin IKS di kampung ini. Pembabitan penduduk dalam IKS membantu meringankan beban keluarga mereka. Bantuan dari segi kemahiran, latihan, barangan dan juga pinjaman wang sedikit sebanyak membantu sektor perusahaan kampung berkembang dengan jayanya.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK