Jamsiah, Penyelia Perpustakaan Desa Tasik Biru memberi penerangan

Pelbagai Aktiviti Untuk Memajukan Kaum Wanita

P

enyertaan dan sokongan golongan wanita dalam mencapai kemajuan amat penting dan tidak boleh diperkecilkan. Wanita kini bukan sahaja bertindak sebagai pengurus rumah tangga dan anak-anak, malah ramai yang sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri. Semuanya demi menjulang martabat kaum wanita.

"Antara aktiviti yang dijalankan ialah majlis bacaan Yasin, kelas Tadarus Al-Quran, kelas Fardu Ain, nasyid, ceramah agama dan marhaban."  
   
Bagi menyahut seruan kerajaan, Biro Wanita Kampung Parit Haji Talib sentiasa aktif dalam melahirkan idea-idea yang bernas demi memajukan kaum wanita kampung. Pelbagai aktiviti dan kursus kemahiran direncanakan khas untuk golongan ini. Antaranya kursus membuat kuih dan membakar biskut, kursus menjahit pakaian dan pembentukan usahawan muda selaras menyahut dasar Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Aktiviti-aktiviti yang berunsurkan keagamaan turut diadakan untuk kaum wanita. Ini adalah untuk melahirkan golongan wanita yang solehah dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Antara aktiviti yang dijalankan ialah majlis bacaan Yasin, kelas Tadarus Al-Quran, kelas Fardu Ain, nasyid, ceramah agama dan marhaban. Aktiviti-aktiviti ini diselia oleh qari dan qariah yang berpengalaman luas dalam bidang agama. Kaum wanita Kampung Parit Haji Talib turut aktif dalam kegiatan sukan. Antara aktiviti sukan yang sering diadakan ialah bola jaring dan catur.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK