Perpustakaan ini banyak menyediakan bahan rujukan dan bacaan

Rujukan Penduduk

P

erkhidmatan USP Fasa 5 yang telah dimulakan pada bulan September merupakan hasil usaha Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Perkhidmatan yang diberikan secara percuma kepada pengguna ini memberikan peluang kepada penduduk sekitar luar bandar menikmati kemudahan komputer dan internet. Secara tidak langsung ia dapat merapatkan jurang digital penduduk luar bandar.

 
 
Kemudahan internet di perpustakaan ini

Tindak balas positif diterima daripada penduduk kampung mengenai kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan. Mereka berpendapat bahawa program ini banyak manfaatnya dan bersyukur kerana kemudahan yang disediakan banyak membantu pelajar-pelajar serta penduduk sekitar mencari maklumat dengan mudah, cepat dan pantas.

 
Papan tanda Perpustakaan Desa
 

Perkhidmatan Perpustakaan dan penggunaan Internet yang ditawarkan secara percuma menarik minat pelajar-pelajar untuk mengunjungi perpustakaan desa ini. Terdapat dua buah komputer yang disediakan oleh KTAK lengkap dengan kemudahan internet. Perpustakaan Desa Tasik Biru dikendalikan oleh seorang Penyelaras Perpustakaan iaitu Jamsiah Shihab. Perpustakaan Desa Tasik Biru telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor iaitu Dato’ Seri Abdul Ghani Othman pada tahun 2000.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK