Jalan masuk ke Tasik Biru

Berasaskan Nama Ketua Kampung Yang Pertama

A

salnya, nama Kampung Parit Haji Talib ialah Kampung Parit Jawa Asam Bubok. Namun, penduduk kampung merasakan nama tersebut tidak sesuai untuk digunakan. Lantas, mereka bersepakat menukar nama tersebut kepada Kampung Parit Haji Talib. Oleh kerana terdapat banyak parit di dalam kawasan kampung, maka ‘Parit’ diambil sebagai nama kampung. Nama Haji Talib pula diambil bersempena dengan nama Ketua Kampung yang pertama memegang jawatan tersebut sekitar tahun 1960-an. Hasil gabungan dua nama ini, terciptalah nama Kampung Parit Haji Talib.

Peneroka asal Kampung Parit Haji Talib merupakan penduduk yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia. Justeru, tidak hairanlah sekiranya kebanyakan penduduk di sini bertutur dalam loghat Jawa. Kampung Parit Haji Talib pernah menjadi tapak pertempuran antara Tentera Jepun dan Tentera Melayu ketika zaman sebelum merdeka. Menurut cerita orang-orang tua di sini, terdapat sebuah kawasan yang pernah menjadi tapak Tentera Jepun melakukan seksaan terhadap penduduk kampung. Namun, tapak tersebut telah hilang tanpa dikesan.

Pada masa sekarang, Kampung Parit Haji Talib telah mencapai pelbagai kemajuan dari segi kemudahan asas, infrastruktur dan juga taraf hidup yang semakin meningkat. Tahap pendidikan penduduk Kampung Haji Talib juga semakin cemerlang dari hari ke hari.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK