Setelah selesai solat berjemaah

Majoriti Penduduk Berketurunan Jawa

J
"Majoriti penduduk Kampung Parit Haji Taib berketurunan Jawa."  
   

umlah penduduk Kampung Parit Haji Talib dianggarkan seramai 2,200 orang. Oleh kerana jalan raya merupakan perhubungan utama bagi penduduk kampung, justeru kebanyakan rumah dibina berderet
di tepi jalan. Ada juga sebilangan kecil penduduk yang
tinggal berkelompok di bahagian pedalaman. Majoriti penduduk di sini adalah kaum Melayu yang beragama Islam. Rata-rata penduduk kampung ini berketurunan Jawa maka bahasa pertuturan yang digunakan adalah Bahasa Melayu loghat Jawa.

Hubungan ukhuwah yang erat antara sesama penduduk kampung diibaratkan seperti aur dengan tebing. Setiap penduduk kampung sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap sebarang masalah yang berlaku di dalam kampung. Aktiviti-aktiviti sosial masyarakat seperti ziarah-menziarahi, gotong-royong dan kenduri-kendera tetap diamalkan sehingga ke hari ini. Justeru, tidak hairanlah sekiranya penduduk di Kampung Parit Haji Talib dapat mengecap kehidupan yang aman dan harmoni.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK