Tanah Subur Menggalakkan Perladangan Kelapa Sawit Dan Getah
anah yang subur di sekitar kawasan Kampung Parit Haji Talib menjadi faktor utama penduduk menjalankan kegiatan perladangan seterusnya menjadikan kegiatan ini sebagai sumber utama dalam menjana ekonomi mereka.
Penanaman utama di Kampung Parit Haji Talib adalah tanaman kelapa sawit. Hampir keseluruhan kawasan kampung dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Buah sawit yang telah ranum akan dijual kepada peraih.
 |
|
| Penanaman getah membantu penduduk dari segi ekonomi |
|
|
Ada juga segelintir penduduk kampung yang terlibat dalam kegiatan menanam getah. Kira-kira dua hektar tanah di kawasan kampung digunakan untuk tanaman pokok getah. Getah beku yang dihasilkan akan dijual pada harga RM3 sekilo kepada peraih di sekitar Batu Pahat.
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) turut memberikan bantuan berupa latihan dan baja bagi meringankan beban penduduk kampung.
Selain itu, ada juga penduduk kampung yang mengusahakan dusun buah-buahan. Antara pokok buah-buahan yang ditanam ialah pokok rambutan, durian, duku, langsat dan manggis. Namun begitu, buah-buahan yang ditanam hanya berbuah mengikut musim. Buah-buahan yang telah ranum akan dijual kepada peraih sebelum dipasarkan ke sekitar Johor. Pihak RISDA turut memberikan bantuan berupa baja dan benih bagi meringankan beban penduduk kampung.
|