Kawasan perniagaan yang semakin membangun

Produk Seramik Dan Bunga Plastik Menjadi Tumpuan

P

ekan Ayer Hitam merupakan pekan yang terdekat dengan Kampung Parit Haji Taib. Pekan ini sering menjadi tumpuan pengunjung yang ingin membeli pelbagai jenis barangan seramik dan bunga plastik bermutu tinggi. Selain itu, pelbagai barangan perhiasan rumah seperti cadar dan langsir turut menjadi tumpuan pengunjung. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan, mereka disarankan supaya datang ke Pekan Ayer Hitam kerana terdapat pelbagai barangan kelengkapan pengantin boleh didapati di sini.

 
 
Pelbagai hasil kraf tangan dijual di Ayer Hitam

Selain itu, Litar Motosikal Lasak turut menjadi tumpuan penggemar sukan motor lasak. Kedudukan Ayer Hitam yang hampir dengan lebuh raya memudahkan pelumba dari luar datang ke litar ini. Kejohanan Johor Motocross Master 2007 pernah diadakan di sini. Litar ini menjadi gelanggang untuk mencungkil bakat-bakat baru sukan motosikal lasak, sekaligus melahirkan pelumba berpotensi yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK