Keindahan Tasik Biru Hanya Tinggal Kenangan
asik Biru, satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Daerah Batu Pahat. Merupakan kawasan bekas lombong, tasik yang berwarna biru ini dahulunya merupakan satu lokasi pelancongan yang terkenal di Batu Pahat. Namun, keindahan Tasik Biru hanya tinggal memori. Perubahan ekosistem menyebabkan air tasik yang suatu ketika dahulu begitu biru warnanya dan jernih kini hampir kering.
| |
 |
| |
| Keris sebagai mercu tanda Kampung Parit Haji Talib |
|
Tasik Biru terletak di dalam Kampung Parit Haji Talib, Batu Pahat. Kampung Parit Haji Talib merupakan sebuah perkampungan tradisional yang masih lagi terdapat di Negeri Johor. Perpustakaan Desa Tasik Biru dinamakan bersempena kedudukannya yang terletak betul-betul di hadapan tasik ini.
| "Kini, keindahan Tasik Biru hanya tinggal kenangan." |
|
| |
|
Terletak kira- kira 30 kilometer dari Bandar Batu Pahat, Kampung Parit Haji Talib terletak berhampiran dengan Pekan Ayer Hitam kira-kira 10 kilometer. Pekan ini menjadi tumpuan penduduk untuk melakukan urusan harian. Namun, ada juga di kalangan penduduk kampung yang berkunjung ke Pekan Parit Raja yang hanya memakan masa 15 minit sekiranya mengikuti jalan pintas.
Sebuah pintu gerbang tersergam indah menyambut kehadiran setiap tetamu yang bertandang ke kampung ini. Sebuah parit kecil menyusur di sepanjang jalan Kampung Parit Haji sehingga ke hujung kampung. Jikalau dahulu jalan di sini masih bertanah merah, kini keadaan itu telah berubah sama sekali. Hampir semua jalan berturap dan juga dilengkapi dengan kemudahan lampu isyarat serta papan tanda. |