Kolam memelihara lintah

Penternakan Lintah Membawa Keuntungan

A
 
 
Lintah memberi keuntungan kepada Irdaman Ibrahim

ntara perusahaan yang terdapat di Kampung Parit Haji Talib ialah penternakan lintah. Ia baru sahaja dijalankan pada Januari 2008. Penternakan lintah yang diusahakan oleh Irdaman Ibrahim berada di bawah seliaan Syarikat Dynamic Corporation, iaitu sebuah syarikat yang membekalkan lintah di Malaysia.

Menurut Irdaman, jumlah lintah yang beliau ternak sekarang adalah sebanyak 4,000 ekor dan ditempatkan di dalam sebuah kolam khas. Anak lintah yang diternak mengambil masa sehingga enam bulan untuk menjadi lintah induk sebelum boleh dijual kepada peraih. Lintah-lintah ini akan diberi makan belut seminggu sekali bagi menggalakkan pembiakan. Pokok keladi bunting dan pasir yang dimasukkan ke dalam kolam turut menggalakkan pembiakan lintah. Perusahaan ternakan lintah yang dijalankan oleh beliau turut mendapat perhatian daripada Bank Pertanian yang kemudiannya memberikan dana pinjaman. Menurut beliau, keuntungan yang diperoleh adalah sekitar RM10, 000 ke RM12,000 sebulan.

Perusahaan Perabot

Selain itu, terdapat juga perusahaan membuat perabot yang dijalankan di Kampung Parit Haji Talib. Perusahaan yang dijalankan oleh Kamarudin Nadi telah diusahakan beliau sejak 10 tahun lalu. Ketika itu beliau hanya membuat perabot secara kecil-kecilan. Kemudian beliau telah mengambil langkah drastik untuk memajukan dan mengkomersialkan perusahaannya. Ternyata segala usaha beliau berbaloi apabila perusahaan perabotnya semakin dikenali di Daerah Batu Pahat. Antara perabot yang dihasilkan oleh beliau ialah kabinet dapur, almari pakaian dan rak buku.

 
 
Papan yang digunakan untuk membuat perabot

Kabinet dapur yang dihasilkan oleh beliau mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana rekaannya yang cantik dan berkualiti. Jikalau dahulu, beliau membuat perabot seorang diri, kini beliau mampu menggaji tiga orang pekerja untuk membantu beliau. Perusahaan perabot yang dijalankan mampu memberikan keuntungan sehingga RM20,000 sebulan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK