Klinik Desa memberi bantuan rawatan kepada penduduk di sini

Meningkatkan Mutu Kesihatan

T

erdapat sebuah klinik desa yang dibina di Kampung Parit Haji Talib. Klinik Desa Kampung Asam Bubok dikendalikan oleh seorang jururawat. Kemudahan kuarters yang disediakan memudahkan jururawat yang bertugas menangani sebarang rawatan kecemasan yang melibatkan penduduk kampung sebelum dirujuk ke hospital berhampiran. Doktor daripada hospital yang terdekat sentiasa membuat pemantauan ke Klinik Desa Kampung Asam Bubuk dari semasa ke semasa. Oleh sebab objektif utama penubuhan klinik desa adalah untuk meningkatkan mutu kesihatan penduduk kampung, pelbagai perkhidmatan disediakan. Antara perkhidmatan kesihatan yang disediakan ialah pemeriksaan untuk ibu dan anak, rawatan pesakit luar dan pemeriksaan tekanan darah.

Selain daripada kaedah perubatan moden, ada juga segelintir penduduk kampung yang mampu mengubat pesakit melalui perubatan tradisional. Ada di antara penduduk kampung yang mampu mengurut pesakit yang mengalami masalah kesihatan berkaitan saraf.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK