Masjid Jamek di Kampung Parit Haji Talib

Mendekatkan Jurang Kemajuan

S

ecara amnya, kemudahan asas yang terdapat di Kampung Parit Haji Talib boleh dibanggakan. Terdapat pelbagai jenis kemudahan prasarana dan infrastruktur dibina bagi mendekatkan jurang kemajuan antara masyarakat luar bandar dan bandar. Keseluruhan penduduk kampung mendapat kemudahan bekalan elektrik dan juga bekalan air bersih. Kemudahan prasarana seperti surau, perpustakaan, masjid, institusi pendidikan, balai raya, telefon awam dan perhentian bas turut dibina.

 
 
Pondok menunggu bas di kawasan sekolah

Sistem jalan raya yang efisien turut memudahkan para penduduk Kampung Parit Haji Talib untuk menuju ke destinasi yang diingini. Pendek kata, seluruh penduduk Kampung Parit Haji Talib kini mampu mengecap kemodenan dan juga kemudahan yang dilaksanakan oleh kerajaan.


 
Penafian | Laman Web KTAK