Gabungan Beberapa Rangkaian Kampung
ampung Parit Haji Talib adalah sebuah kampung yang terhasil melalui gabungan beberapa buah rangkaian kampung. Terdapat beberapa buah kampung lain di sekitar Kampung Parit Haji Talib iaitu, Kampung Parit Bonagong, Kampung Lapis Khalid dan Kampung Batu 3 Jalan Yong Peng.
 |
|
| Simpang empat menuju ke Kampung Parit Haji Talib |
|
|
| |
"Kampung Parit Haji Talib terletak berdekatan dengan Pekan Ayer Hitam yang terkenal sebagai ‘syurga’ pasu seramik." |
| |
|
Kampung Parit Haji Talib terletak di Mukim Tanjung Semberong, Daerah Batu Pahat. Setiap kampung di dalam Mukim Tanjung Semberong berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Batu Pahat dan diketuai oleh seorang Penghulu Mukim. Penghulu Mukim pula akan dibantu oleh seorang Ketua Kampung yang akan menguruskan segala hal ehwal berkaitan dengan kampung masing-masing.
| |
 |
| |
| Pasu dan tembikar antara barangan popular di Ayer Hitam |
|
Pekan yang paling hampir dengan Kampung Parit Haji Talib ialah Pekan Ayer Hitam yang terletak kira-kira 10 kilometer dari kawasan kampung. Pekan Ayer Hitam sememangnya terkenal dengan hasil-hasil kerja tangan seperti pasu seramik, pelbagai jenis kraf tangan dan sebagainya. Selain itu, ada juga penduduk kampung yang berkunjung ke Pekan Parit Raja untuk menguruskan pelbagai urusan seperti pembayaran bil dan membeli barang keperluan.
Sungguhpun terletak berhampiran dengan kawasan bandar dan mengalami arus pembangunan yang hebat, hubungan antara penduduk Kampung Parit Haji Talib dengan penduduk kampung sekitar amat erat. Ibarat sebuah keluarga, masyarakat di sini sentiasa berganding bahu menangani apa jua masalah yang berkaitan dengan kampung mereka. Kerjasama erat yang terjalin antara penduduk kampung mendorong kepada keselesaan dan juga keharmonian. Kesedaran tentang pentingnya hubungan tali persaudaraan antara penduduk telah mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Secara tidak langsung kerjasama yang wujud turut menjadi teladan dan contoh kepada penduduk kawasan lain.
Aktiviti-aktiviti sosial yang merangkumi aspek kebudayaan, keagamaan dan sukan sentiasa dianjurkan. Antaranya adalah Pertandingan Kompang, Tarian Zapin, Program Mesra Rakyat, ceramah agama dan Pertandingan Bola Sepak. Kampung ini pernah memenangi Anugerah Kampung Tercantik Peringkat Mukim Tanjung Semberong tidak lama dahulu. Anugerah yang diperoleh secara tidak langsung telah mengharumkan nama Kampung Parit Haji Talib di sekitar Batu Pahat. |