Kamaruddin Bin Nadi, wakil JKKK sedang memberi penerangan

Mengeratkan Masyarakat Dengan Kerajaan

O

bjektif penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ialah membantu kerajaan mengeratkan perhubungan antara masyarakat dan kerajaan. JKKK turut membantu kerajaan melaksanakan program-program pembangunan di sekitar kawasan kampung.

JKKK Kampung Parit Haji Talib diketuai oleh Tuan Haji Bakri Hasbullah dan dibantu oleh Samaon Kario sebagai Setiausaha JKKK. Jawatankuasa ini turut dibantu oleh beberapa biro, seperti Biro Keselamatan, Biro Pendidikan dan Biro Kebajikan.

JKKK bertindak sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan sesama penduduk. Melalui jawatankuasa ini, maklumat-maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. JKKK turut berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberi faedah kepada masyarakat kampung seperti membaik pulih sistem perparitan, gotong-royong dan lain-lain.



 
Penafian | Laman Web KTAK