Pertanian membantu ekonomi keluarga

Tanaman Kelapa Sawit Dan Getah Menjadi Pilihan

P

ekerjaan utama penduduk di Kampung Parit Haji Talib lebih bertumpu pada sektor pertanian. Hampir keseluruhan kawasan kampung ditanam dengan pokok kelapa sawit dan getah. Harga kelapa sawit dan getah yang semakin meningkat di pasaran dunia mendorong penduduk kampung untuk terus berkecimpung dalam sektor pertanian.

 
 
Ladang kelapa sawit membuka peluang pekerjaan kepada penduduk

Bagi penanam pokok kelapa sawit ini, mereka mendapat bantuan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Bantuan yang diberikan berupa baja dan latihan kepada penduduk kampung. Hasil sawit dan getah yang diperoleh penduduk kampung akan dijual kepada peraih di sekitar kampung.

Di samping itu, terdapat sebahagian penduduk kampung yang bekerja di dalam sektor swasta di sekitar Bandar Muar dan Batu Pahat. Kilang-kilang yang terdapat di bandar-bandar berhampiran memberi banyak peluang pekerjaan bagi penduduk kampung. Bagi golongan muda pula, ada di kalangan mereka yang berhijrah ke kota-kota besar demi mencari sesuap nasi.

Sektor perniagaan turut memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi keluarga. Ada yang membuka kedai runcit dan kedai makan bagi menambahkan sumber pendapatan. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menternak haiwan secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan alternatif.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK