Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang akan merasa geli. Biasanya, lintah digunakan oleh pengamal perubatan tradisional. Kini ternakan lintah mampu memberikan pulangan yang lumayan sekiranya diusahakan secara komersial. Ini kerana permintaan terhadap haiwan ini amat menggalakkan. Lintah biasanya digunakan dalam rawatan kesihatan. Sekiranya haiwan ini diadun dengan santan kelapa, minyak yang terhasil dari gabungan ini boleh digunakan untuk membaik pulih tisu dan memperkuatkan otot.

Bagi anak watan Kampung Parit Haji Talib, jumlah lintah yang diternaknya sekarang adalah sebanyak 4,000 ekor. Memulakan penternakannya pada bulan Januari 2008, beliau mampu memperoleh pendapatan yang lumayan. Penternakan lintah amat mudah dikendalikan kerana memerlukan penjagaan yang minimum.


Maklumat Am Kampung-Kampung Sekitar

Tasik Biru, satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar Daerah Batu Pahat. Merupakan kawasan bekas lombong, tasik yang berwarna biru ini dahulunya merupakan satu lokasi pelancongan yang terkenal di Batu Pahat. Namun kini, keindahan Tasik Biru hanya tinggal memori. Perubahan ekosistem menyebabkan air tasik yang suatu ketika dahulu begitu biru warnanya dan jernih kini hampir kering.

Pekan yang paling hampir dengan Kampung Parit Haji Talib ialah Pekan Ayer Hitam yang terletak kira-kira 10 kilometer dari kawasan kampung. Pekan Ayer Hitam sememangnya terkenal dengan hasil-hasil kerja tangan seperti pasu seramik, pelbagai jenis kraf tangan dan sebagainya. Selain itu, ada juga penduduk kampung yang berkunjung ke Pekan Parit Raja untuk menguruskan pelbagai urusan seperti pembayaran bil dan membeli barang keperluan.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK