Memupuk Minat Cintakan Kebudayaan Tradisional
| |
"Belia kampung turut terlibat dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian tradisional Melayu." |
| |
|
olongan belia yang berkaliber serta bertanggungjawab mampu memimpin dan mengharumkan nama negara di mata dunia. Bagi memastikan golongan belia Kampung Parit Haji Talib tidak terpinggir, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Parit Haji Talib melalui Biro Belia dan Sukan sentiasa aktif merangka pelbagai program yang mampu menjana rohani dan jasmani belia-belia di sini. Program-program yang dijalankan adalah secara berjadual ataupun bermusim. Antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan untuk golongan belia ialah Pertandingan Sepak Raga, Bola Sepak, Bola Tampar dan Badminton. Pelbagai aktiviti sukaneka turut dianjurkan.
Belia di sini aktif dalam permainan bola sepak. Latihan bola sepak sering diadakan pada sebelah petang. Atas dasar minat dan komitmen, ramai anak-anak muda kampung berjaya mengasah bakat terpendam mereka. Semakin ramai bakat-bakat baru berkebolehan muncul menjadi permata sukan sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.
Selain aktif memenuhi masa senggang mereka dengan bersukan, para belia turut melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian. Ini untuk memastikan generasi muda tidak melupakan segala adat resam dan juga kesenian masyarakat Melayu. Antara aktiviti kebudayaan yang sering diadakan untuk golongan belia ialah Persatuan Kompang dan Kumpulan Zapin. Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti ini memupuk minat untuk mengenali dunia seni dan kebudayaan tradisional Melayu.
|