Perpustakaan Sebagai Sumber Ilmu
erpustakaan Desa Taman Setia Jaya dibuka pada April 2006. Normasitah merupakan penyelaras dari awal pembukaan hingga ke hari ini. Perpustakaan Taman Setia Jaya mempunyai anggaran koleksi buku sebanyak 3,000 buah buku tidak termasuk majalah-majalah.
 |
|
| Perpustakaan Desa Taman Setia Jaya |
|
|
Perpustakaan Desa ini bermula sebagai dewan orang ramai dan ia digunakan sebagai tempat mengadakan majlis keramaian sehingga tahun 2004. Inisiatif penduduk mendermakan dewan orang ramai ini kepada Perpustakaan Negara Malaysia dan kemudian diserahkan pula kepada Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor untuk dijadikan sebagai Perpustakaan Desa. Perpustakaan ini dirasmikan pada 25 Disember 2005 dan telah memulakan perkhidmatannya pada Mac 2006. |