Perpaduan Kaum Teras Kemakmuran
nggaran penduduk di Taman Setia Jaya berjumlah 1,146 orang bagi tahun 2001. Kaum majoriti di sini ialah kaum Melayu seramai 83.3 peratus iaitu 954 orang yang kebanyakannya ialah guru di sekolah-sekolah sekitar. Penduduk dari kalangan kaum Cina pula ialah 16.2 peratus orang iaitu 186 orang, dan selebihnya 0.5 peratus atau 6 penduduk ialah dari kaum India yang merupakan kaum minoriti. Taman Setia Jaya masih menerapkan nilai perpaduan dan persepakatan antara penduduk setempat. Nilai-nilai murni ini menjadikan hubungan antara penduduk lebih rapat.
| |
 |
| |
| Penduduk-penduduk Taman Setia Jaya |
|
Penduduk-penduduk di Taman Setia Jaya ini berasal dari serata pelosok tempat di negara. Kerjaya sebagai guru menyebabkan mereka berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain. Disebabkan taman perumahan ini dibina secara berperingkat mengikut fasa-fasa, maka rumah-rumahnya ini lebih teratur dan tersusun. Fasa yang pertama mempunyai 79 unit rumah dibina pada tahun 1990, fasa kedua pada tahun 1995 mempunyai 64 unit rumah dan fasa ketiga yang siap dibina pada tahun 2000 mempunyai 49 unit rumah. Ini menjadikan Taman Setia Jaya mempunyai 182 unit rumah.
Gaya hidup yang diterapkan di sini masih lagi gaya hidup kampung.,seperti bercucuk tanam di sekitar rumah, bertegur sapa di kalangan jiran-jiran tetangga, tolong-menolong di waktu kenduri-kendara dan sebagainya. Gaya hidup begini mungkin dipengaruhi oleh kampung-kampung tradisional yang banyak terdapat di sekitar.
| "Taman Setia Jaya masih menerapkan nilai perpaduan dan persepakatan antara penduduk setempat." |
|
| |
|
Di sini terdapat beberapa pelajar Orang Kurang Upaya (Orang Kurang Upaya) yang bergelar pelajar (OKU).. Mereka dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar (SMKSB) yang mempunyai kelas pendidikan khas dan mereka diberikan sepenuh perhatian kepada pelajar istimewa. Pelajar OKU di SMKSB ini juga mewakili daerah bagi Sabak Bernam dalam acara sukaneka yang dijalankan beberapa bulan lepas dan memenangi tempat kedua acara keseluruhan. |