Pelbagai Hasil Pertanian
ertanian merupakan antara sektor yang mendapat perhatian di kawasan ini. Buah mempelam ataupun lebih dikenali sebagai mangga merupakan antara buah kegemaran di sekitar Sungai Besar. Peraih-peraih akan datang ke dusun-dusun untuk membeli buah mempelam daripada pemilik dusun dan kemudiannya buah-buah ini akan dijual di pasaran. Terdapat juga pemilik dusun yang menjual sendiri buah-buah ini dengan membuka gerai-gerai kecil di tepi jalan besar. Malangnya buah mempelam dijual dan diraih mengikut musim menyebabkan ia sukar ditemui di luar musim.
 |
|
| Sistem saliran air ke sawah |
|
|
Jenis tanah yang terdapat di sini ialah tanah jenis berpasir kerana kedudukannya yang agak berdekatan dengan pantai iaitu lebih kurang 10 kilometer dari pekan. Tanah jenis ni bersesuaian dengan jenis tanaman seperti kelapa dan kelapa sawit. Terdapat juga tanaman pisang dan juga ubi keledek. Penanaman pokok jagung pula dilakukan di tepi-tepi parit, dan sistem saliran untuk sawah padi. Ia bagi membolehkan tanaman jagung di sini mudah ditanam dan dijaga dengan baik.
Bantuan yang diperolehi daripada badan-badan kerajaan banyak membantu penduduk menceburkan diri dalam sektor pertanian walaupun secara kecil-kecilan. Antara organisasi yang banyak membantu ialah Jabatan Pertanian Selangor. Bantuan yang diberikan berupa kursus, kewangan, baja, anak benih dan juga peluang pasaran.
Cara pertanian yang dijalankan oleh petani-petani ini ialah menggunakan mesin seperti mesin membajak pada musim penanaman padi. Petani-petani di situ bercucuk tanam menggunakan cara moden dengan menggunakan mesin membajak, penabur benih dan baja. Ini ditambah lagi dengan bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan untuk menambahkan pengeluaran beras di Selangor. Ini sejajar dengan matlamat kerajaan negeri Selangor untuk menjadikan Sabak Bernam sebagai Jelapang Padi Selangor.
Kelapa sawit juga ditanam di sekitar Taman Setia Jaya tetapi ia secara kecil-kecilan oleh pengusaha persendirian. Ini bermakna pengeluaran kelapa sawit di sini tidak secara berkelompok dan tidak menampakkan hasil yang besar. Oleh kerana geografi kawasan ini yang terletak berdekatan dengan pantai, industri penanaman kelapa juga berkembang dengan baik. Di mana-mana sahaja boleh dilihat pokok kelapa yang tumbuh subur di tepi-tepi jalan dan kawasan-kawasan perumahan.
Aktiviti -aktiviti yang telah dijalankan oleh JKKK dan juga PROSTA ini memberikan pendedahan awal tentang kerjasama sebuah organisasi yang memberi manfaat kepada penduduk kampung itu sendiri. Ini boleh mendidik mereka untuk menjadi pelapis pemimpin secara tidaka langsung menjauhkan mereka daripada aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dan berpeleseran tanpa tujuan. |