Mempunyai Banyak Sekolah
nstitusi pendidikan di Sungai Besar boleh dikatakan cukup baik kerana terdapat beberapa buah sekolah di sekitar kawasan tersebut. Sekolah rendah di kawasan itu adalah SRK Sungai Limau, Sekolah Kebangsaan Sri Makmur, Sekolah Kebangsaan Seri Utama dan Sekolah Jenis Kebangsaan Sin Min manakala sekolah menengah pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar dan Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Jemaah. Pencapaian pelajar di situ amat memberansangkan dengan kebanyakan pelajar yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Maahad Tahfiz Haji Jamari juga terdapat di situ.
| |
"pencapaian akademik pelajar di sini amat memberangsangkan. Kebanyakan pelajar yang tamat Sijil Pelajaran Menengah (SPM) melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi " |
| |
|
 |
| Salah sebuah sekolah yang terdapat di sini |
|
Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) banyak membantu dalam aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak sekolah terutamanya aktiviti gotong - royong dan kesenian seperti gamelan dan kompang.
|