Pelbagai Tarikan
| |
 |
| |
| Alatan lama di muzium mini |
|
esuatu yang menarik di sini adalah sebuah muzium yang diusahakan sendiri oleh Surgi Bin Ngarib. Untuk menemui muzium ini tidaklah sukar kerana sebuah replika piring hitam yang agak besar menanti kehadiran pengunjung terletak di hadapan muzium. Muzium ini dibuka untuk mempamerkan barang-barang dari zaman persekolahan Surgi sendiri serta koleksi gambar-gambar tokoh negara, duit syiling lama dan koleksi piring hitam. Muzium ini pernah mendapat liputan oleh TV3 dan agak terkenal di sekitar Sabak Bernam. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk melawat muzium ini.
 |
|
|
|
Taman Setia Jaya juga menyediakan sebuah rumah rehat untuk kegunaan pelawat-pelawat yang datang ke situ. Ia dilengkapi peti sejuk, televisyen, katil dan sofa untuk keselesaan pengunjung. Kebanyakan masa ianya disediakan untuk keselesaan penceramah yang datang memberi ceramah di situ. Rumah rehat merupakan sebuah unit rumah disediakan untuk pelawat-pelawat yang datang ke taman itu. Ia
dilengkapi dengan peti sejuk, televisyen, katil dan sofa.
Pengunjung yang datang ke Pekan Sungai Besar pasti tahu tentang Homestay Sungai Hj. Durani. Ia merupakan sebuah tempat pelancongan yang dibina beberapa tahun dahulu dengan konsep “Kampung”. Pengunjung yang datang dapat merasai cara hidup kampung seperti gotong-royong, memungut hasil dusun dan menikmati masakan kampung. Konsep ini mendapat sambutan hangat daripada pelancong luar negara terutamanya pelancong Jepun dan Korea. |