Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Taman Setia Jaya
Dewan Orang Ramai,
Taman Setia Jaya,
45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan
   
 

Replika Piring Hitam Sebagai Mercu Tanda

A

aman Setia Jaya merupakan salah satu taman perumahan yang terletak di dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Pekan yang terdekat dengan taman ini ialah Pekan Sungai Besar yang jaraknya kira-kira satu kilometer. Taman ini mudah dijumpai kerana terdapat papan tanda “Taman Setia Jaya” yang diletakkan di tepi jalan utama menuju Sungai Besar. Jarak Taman Setia Jaya dengan bandar raya Kuala Lumpur pula kira-kira 120 kilometer. Replika piring hitam yang terdapat di kampung ini menunjukkan anda telah berada di Taman Setia Jaya.

 
Pejabat Daerah Sabak Bernam
 

Jalan raya merupakan satu-satunya jalan perhubungan di taman ini dengan kawasan-kawasan sekitarnya. Keadaan geografi di sini ialah bertanah rata. Taman Setia Jaya terletak kira-kira 5 kilometer dari Sungai Haji Durani. Tanah-tanah di sini juga subur dan ia membolehkan segelintir penduduk di sini melakukan aktiviti pertanian.

Taman Setia Jaya mempunyai kira-kira 1,000 orang penduduk dan hampir 80 peratus daripada penduduk di sini menjadikan profesion guru sebagai kerjaya. Taman Setia Jaya terletak berhampiran Pejabat Daerah Sabak Bernam dan Majlis Daerah Sabak Bernam.

 

 
Penafian | Laman Web KTAK