Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian dan Perladangan
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan dan Penternakan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Perpustakaan Desa Taman Setia Jaya
Dewan Orang Ramai,
Taman Setia Jaya,
45300 Sungai Besar
Selangor Darul Ehsan
   
 

Kegiatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Yang Aktif

W

alaupun tidak ramai yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan, namun ia merupakan pendapatan utama bagi mereka yang telah bersara sebagai guru dan pendapatan sampingan bagi segelintir penduduk. Antara perniagaan yang ada ialah perkhidmatan menyewa kanopi. Perkhidmatan menyewa kanopi ini meningkat permintaannya akhir tahun, iaitu pada bulan Oktober hingga Januari kerana banyak majlis kenduri kahwin diadakan pada waktu tersebut. Golongan yang banyak melibatkan diri dalam perkhidmatan menyewa kanopi ini terdiri daripada golongan dewasa. Golongan belia juga terlibat dalam perniagaan ini dengan bekerja sementara terutamanya memberikan pertolongan dalam memasang kanopi-kanopi ini.

Program IKS yang melibatkan penduduk di sini ialah perniagaan kerepek pisang dan kerepek ubi. Bantuan kerajaan banyak diterima daripada Kementerian Pertanian dalam bentuk peralatan dan modal. Fokus utama dalam program ini adalah untuk memasarkan ia ke pasaran tempatan dan meningkatkan semangat berniaga di kalangan penduduk di situ. Perusahaan ini mengambil enam orang pekerja yang memmbantu dalam pemprosesan kerepek dan menjadi sumber pendapatan sampingan keluarga.

"Fokus utama dalam program ini adalah untuk memasarkan ia ke pasaran tempatan dan meningkatkan semangat berniaga di kalangan penduduk di situ. "  
   
Perniagaan membuat kerepek

 

 

Penafian | Laman Web KTAK