Keselamatan Amat Diutamakan
eselamatan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam memastikan keamanan dan keharmonian di sesuatu tempat. Di Taman Setia Jaya terletaknya Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam. Ia terletak kira-kira dua kilometer dari situ. Jarak yang dekat menyenangkan pihak polis untuk melakukan rondaan, terutama apabila musim cuti sekolah. Oleh sebab kebanyakan penduduk di situ merupakan guru, maka mereka jarang berada di rumah pada waktu cuti sekolah, dan jenayah seperti pecah rumah sering berlaku.
Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar yang dirasmikan pada 14 Julai 2006, terletak kira-kira 2 kilometer daripada Pekan Sungai Besar. Balai bomba ini mempunyai satu jentera operasi, tiga jentera serba guna, dan mempunyai 28 orang petugas.
|