Kemudahan Untuk Semua
emudahan asas yang disediakan di sini boleh dikatakan cukup lengkap untuk sebuah komuniti kecil. Selain kemudahan asas yang biasa seperti air dan elektrik, terdapat juga pondok telefon awam, perhentian bas, dan taman permainan disediakan. Sebuah surau siap dibina di sini pada 2006 dan dinamakan Surau As-Syakirin.
Di hadapan Taman Setia Jaya pula terdapat Stadium Sungai Besar yang menjadi kebanggaan penduduk di situ. Ia digunakan untuk pertandingan sukan peringkat daerah seperti bola sepak dan olahraga. Di sebelahnya pula adalah balai bomba Sungai Besar yang mempunyai kelengkapan-kelengkapan dan petugas yang terlatih.
Untuk majlis keramaian pula, Dewan Seri Bernam manjadi pilihan kerana lokasinya dan kemudahan yang lengkap. Antara majlis yang selalu diadakan adalah majlis kenduri kahwin, ceramah motivasi, karnival kerjaya dan lain-lain lagi.
|