Perhubungan Antara Kampung Dan Taman Meningkatkan Perpaduan
ntara taman-taman perumahan dan kampung-kampung yang terdapat di sekitar Taman Setia Jaya ialah Taman Nirwana Indah, Taman Padu Permai, Taman Bendena, Taman Purnama, Kampung Sungai Panjang dan Kampung Sungai Limau. Manakala bandar yang terdekat ialah Sabak Bernam yang terletak sejauh 15 kilometer.
| |
 |
| |
| Dorani Resort terletak berhampiran Taman Setia Jaya |
|
Sektor yang menjadi perhatian penduduk di sekitar adalah pertanian. Buah mempelam merupakan antara buah paling popular di sekitar Sungai Besar. Jualan buah mempelam adalah mengikut musim di mana peraih-peraih akan datang ke dusun-dusun untuk membeli buah mempelam dari pemilik dusun. Kemudian, buah-buah ini akan dijual di pasaran. Terdapat juga pemilik dusun yang menjual sendiri buah-buah ini dengan membuka gerai-gerai kecil di tepi jalan besar.
Penduduk setempat mengadakan pelbagai aktiviti antaranya yang berbentuk keagamaan seperti ceramah-ceramah agama, perarakan semasa Aidiladha dan lain-lain lagi. Sementara itu, aktiviti sukan yang berlangsung pada sebelah petang selalunya dianggotai oleh pelajar-pelajar seperti sukan bola sepak, sepak takraw dan badminton yang kebanyakannya melibatkan belia-belia sekitar.
|