Menu Utama
01
Maklumat Am
02
Populasi
03
Kampung-kampung Sekitar
04
Sosioekonomi
05
JKKK
06
Sejarah
07
Belia
08
Wanita
09
Pertanian
10
Pelancongan
11
Keusahawanan
12
Perikanan
13
Kemudahan Asas
14
Kawasan Riadah
15
Kesihatan
16
Pendidikan
17
Keselamatan
18
USP
   
  Dewan Orang Ramai,
Taman Setia Jaya,
45300 Sungai Besar
   
 

Majoriti Penduduk Adalah Guru Sekolah

T
  "Sebanyak 80 peratus penduduk di Taman Setia Jaya ialah guru yang bertugas di sekolah-sekolah berhampiran. "
   

aman Setia Jaya tidak menumpukan kepada sektor pertanian dan perikanan bukanlah kegiatan utama di sini seratus peratus. Di sudut ekonomi, penduduk di sini kebanyakannya bekerja makan gaji dengan sektor awam dan juga swasta. Mereka menjadikan sektor perkhidmatan sebagai sumber pendapatan. Kerjaya sebagai guru merupakan pekerjaan paling banyak diceburi dan pekerjaan yang paling banyak diceburi di kawasan ini. Sebanyak 80 peratus penduduk di Taman Setia Jaya ialah guru yang mengajar di sekolah-sekolah berhampiran. Terdapat 5 buah sekolah menengah di sekitarnya, 6 buah sekolah rendah. Di samping itu, terdapat sebuah sekolah berasrama penuh.

Manakal 10 peratus penduduk di situ bekerja di pejabat kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya,, Pejabat Daerah Sabak Bernam dan agensi kerajaan yang lain. Segelintir yang lain menjadikan bidang perniagaan dan pertanian sebagai sumber mendapatkan pendapatan dan lain-lain lagi. Lima peratus lagi merangkumi sektor perniagaan, pertanian dan perikanan.

Salah sebuah sekolah yang terdapat di sini

Terdapat juga program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dijalankan oleh segelintir penduduk Taman Setia Jaya. Mereka menjalankan perusahaan pemprosesan ubi keledek dan pisang menjadi kerepek. Mereka yang mengusahakan IKS ini mendapat bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Asas Tani dalam bentuk pinjaman kewangan dan latihan. Kawasan itu dahulunya adalah tanah lapang yang dijadikan tanah pertanian yang diusahakan secara kecil-kecilan. Rumah yang dibina di situ mempunyai kawasan tanah lapang sendiri. Dari itu, kebanyakan penduduk mengusahakan pertanian kecil-kecilan seperti menanam pokok cili padi dan jagung. Ada di antara mereka yang menjual hasil-hasil tanaman di pasar malam dan pasar harian di situ.

 
Kawasan komersial
 

 

 
Penafian | Laman Web KTAK