Pembuatan Kuih Tradisional

M

enyedari pelbagai peranan wanita dalam keluarga, masyarakat dan ekonomi setempat, maka Persatuan Penduduk Taman Ilham merancang aktiviti khusus melibatkan wanita kawasan Taman Ilham. Dari situ wujudnya Biro Wanita untuk menggalakkan wanita bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Persatuan Penduduk.

 
Seorang pekerja wanita membungkus kuih kapit
 

Aktiviti yang dianjurkan oleh biro wanita di sini melibatkan program keagamaan seperti mengadakan kelas mengaji Al-Quran dan tajwid, program tadarus Al-Quran, latihan marhaban dan latihan nasyid yang diadakan ketika sambutan hari kebesaran Islam. Aktiviti wanita di sini diadakan di bangunan Kelas Bina Insan, KEMAS. Selain itu, terdapat juga sebahagian kaum wanita bergiat aktif dalam kelas masakan, kelas jahitan dan perniagaan. Mereka mengusahakan perusahaan makanan ringan seperti pembuatan kuih tradisional.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK