Aktiviti Diadakan Tarik Minat Belia
ilik Bacaan Taman Ilham merupakan satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang ilmu di antara masyarakat bandar dan luar bandar melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Projek USP adalah ilham Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Di bawah program USP setiap negeri yang terpilih diberi kemudahan komputer sebagai salah satu instrumen untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. USP bertujuan untuk mengurangkan kadar buta IT di kalangan masyarakat hari ini.
| |
 |
| |
| Kemudahan internet di Bilik Bacaan Taman Ilham |
|
Bangunan Bilik Bacaan Taman Ilham dahulunya menumpang di Balai Raya Taman Ilham. Namun, ia dipindahkan ke bangunan baru pada 1 April 1995. Bilik bacaan ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Hashim Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awan Johor ketika itu.
Persekitaran yang selesa di dalam perpustakaan menjadikan ia sebagai tempat yang sesuai di kalangan pelajar dan penduduk untuk menelaah ilmu dan mencari maklumat. Bukan sahaja kanak-kanak malah terdapat juga orang dewasa yang mencari informasi. Kebanyakan sumber buku yang ada di sini dibekalkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Antara aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan ini adalah pertandingan mewarna dan melukis, pertandingan mendeklamasikan sajak dan syair serta gubahan dan masakan untuk kaum wanita di situ.
Perpustakaan ini di bawah seliaan seorang Pembantu Perpustakaan iaitu Rohana Taib. Beliau bertanggungjawab menguruskan pinjaman, rujukan dan perkhidmatan maklumat komuniti. Bilik bacaan Taman Ilham beroperasi dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.
|