Pelbagai Penduduk
enduduk di Taman Ilham dianggarkan berjumlah 900 orang. Kaum terbesar yang tinggal di sini adalah kaum Melayu diikuti oleh kaum Cina dan kaum India. Kepelbagaian dan keunikan budaya menjadikan Taman Ilham taman yang istimewa. Semua penganut menghormati agama dan kebudayaan masing-masing. Setiap kali musim perayaan menjelma, amalan kunjung-mengunjung dan rumah terbuka diamalkan hingga ke hari ini.
 |
|
| Kepelbagaian kaum menyemarakkan kehidupan masyarakat di sini |
|
|
Penduduk Taman Ilham tinggal di dalam penempatan yang berkelompok. Walaupun penduduk di sini kian bertambah namun cara hidup dan amalan tradisi seperti tolong-menolong dan gotong-royong masih diteruskan. Di samping itu, aktiviti kebudayaan dan sukan selalu dijalankan untuk menyatukan penduduk agar mereka hidup dalam keadaan aman dan harmoni. |