Pendidikan Penting Untuk Maju
endidikan merupakan tempat menimba ilmu yang paling asas, di mana anak-anak akan berlatih dari pendidikan pra sekolah menuju ke sekolah rendah seterusnya ke sekolah menengah dan akhirnya ke menara gading. Antara kemudahan pendidikan pra sekolah yang terdapat di kawasan perumahan Taman Ilham ialah Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA KEMAS) Taman Ilham. Selain itu, terdapat juga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil di kawasan sekitar Taman Ilham.
Kelas-kelas agama Fardu Ain juga turut diberikan kepada anak-anak di sini. Pilihan sekolah-sekolah terbaik tentunya menarik minat lebih ramai anak-anak penduduk Taman Ilham untuk mendapat pendidikan yang sempurna untuk meningkatkan tahap pendidikan yang bermutu.
|