Hutan Lipur Gunung Belumut
ko pelancongan adalah satu bentuk pelancongan jangka panjang yang mampan dan membawa faedah kepada rakyat tempatan dan negara. Ia merangkumi perjalanan sambil menikmati sifat-sifat semula jadi di samping memupuk rasa tanggungjawab dan kesedaran terhadap alam sekitar.
 |
|
| Pintu masuk ke Hutan Lipur Gunung Belumut |
|
|
Hutan Lipur Gunung Belumut antara tempat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Terletak 32 kilometer dari Bandar Kluang melalui jalan raya Kluang-Mersing. Untuk sampai ke hutan lipur ini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Kluang melalui FELDA Ulu Dengar.
Hutan Lipur Gunung Belumut mempunyai persekitaran yang indah dengan pokok-pokok yang menghijau dan suasana semula jadi yang tenang, segar dan nyaman pasti menggamit hati setiap pengunjung ke sini. Terdapat air terjun dan jeram-jeram menarik di sepanjang sungai yang mengalir di dalam kawasan ini. Aktiviti-aktiviti seperti berenang, berkelah dan berkhemah amat sesuai dijalankan di Hutan Lipur Gunung Belumut.
| |
 |
| |
| Pemandangan Di Hutan Gunung Belumut |
|
Pengunjung juga berpeluang untuk mendaki ke puncak Gunung Belumut setinggi 1,004 meter, yang merupakan gunung tertinggi di Daerah Kluang. Pendakian melalui denai hutan sepanjang 6 kilometer mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke puncaknya. Di sepanjang perjalanan pengunjung dapat melihat pokok-pokok dan batu-batan yang ditumbuhi lumut yang tebal dan lembap menandakan puncak gunung telah hampir ditakluki. Dari puncak gunung pengunjung dapat menghayati pemandangan indah Hutan Hujan Tropika yang unik dan mengkagumkan. Kerajaan akan terus berusaha untuk menaik taraf hutan lipur Gunung Belumut bagi memastikan pemuliharaan alam sekitar terus dipelihara.
|