Bilik Bacaan Taman Ilham Berdekatan Surau
luang merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di Negeri Johor Darul Takzim. Kedudukan Kluang terletak di tengah-tengah Negeri Johor. Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar melalui jaringan perhubungan darat. Bilik Bacaan Taman Ilham terletak dalam kawasan Perumahan Taman Ilham kira-kira dua kilometer dari Bandar Kluang
“Kluang mudah dihubungi dengan bandar-bandar melalui jaringan perhubungan darat.” |
|
| |
|
Bilik Bacaan Taman Ilham terletak bersebelahan dengan Surau Nurul Iman Taman Ilham. Di hadapan bilik bacaan ini terdapat kawasan rumah kedai dan tugu UMNO cawangan Taman Perumahan Ilham. Taman Ilham mula diduduki pada pertengahan tahun 1991. Kawasan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kluang. Penduduknya yang multi nasional terkenal dengan sikap kemesraan, bersopan-santun dan berbudi-bahasa. Adat resam masih lagi dipelihara oleh penduduk Taman Ilham. Sikap tolak ansur antara kaum menjadi pegangan bagi memelihara perpaduan penduduk. |