Pasaran Luar Negara

I

ndustri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan salah satu sumber pendapatan bagi penduduk di Taman Ilham. Di antara perusahaan yang semakin meningkat di Taman Ilham ialah perusahaan kuih muih tradisional seperti baulu, kuih kapit, rempeyek, tumpi dan pelbagai jenis kek. Wak Tunot Enterprise telah menjalankan perusahaan ini sejak tahun 2003 lagi.

 
 
Proses pembuatan kuih baulu

Perusahaan ini bermula dari kecil-kecilan sehinggalah berjaya dieksport ke peringkat antarabangsa. Pemiliknya, Hajah Tulos Joyo telah menghadiri kursus latihan keusahawanan di Serdang yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri. Berkat kesungguhan dan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan, kini beliau boleh tersenyum bangga melihat produknya mendapat permintaan yang tinggi di Semenanjung Malaysia serta dieksport juga ke Singapura dan New Zealand. Di antara produk istimewa dan mendapat permintaan tinggi dari pelanggan adalah rempeyek dan tumpi.

Setiap produk dijual mengikut berat timbangan. Perniagaan ini dibantu oleh 21 pekerja wanita. Beliau juga mendapat bantuan berupa bilik pameran daripada Jabatan Pertanian Negeri. Setiap minggu ada sahaja pengunjung dari seluruh Malaysia dan Singapura yang datang melihat cara-cara pembuatan produk keluarannya.

Beliau mendapat bantuan peralatan daripada Jabatan Pertanian dalam bentuk mesin pengadun bahan. Bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau melicinkan perusahaannya. Selain itu, beliau juga turut mendapat bantuan dan bimbingan daripada Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dalam pembungkusan produk makanan yang dijual. Beliau berharap dengan adanya bantuan daripada kerajaan, beliau akan dapat meningkatkan lagi empayar perniagaan dan mempromosikan produknya dengan lebih meluas di dalam dan luar negara.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK