Kemudahan Kesihatan Semua Peringkat

M

enjalani kehidupan yang sihat adalah impian setiap penduduk supaya mereka menjadi lebih ceria dan bersemangat. Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan kesihatan di setiap negeri bagi menjamin kesihatan setiap masyarakat. Penduduk Taman Ilham tidak ketinggalan mendapat kemudahan kesihatan. Klinik Desa Kampung Tengah terletak dua kilometer dari Taman Ilham. Klinik kesihatan ini memberikan perkhidmatan kesihatan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Selain itu, terdapat juga klinik persendirian yang wujud di kawasan perumahan Taman Ilham seperti klinik ibu mengandung dan klinik-klinik swasta yang lain.

Klinik ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Klinik desa ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar Taman Ilham. Klinik Desa Kampung Tengah memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan dan juga menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden untuk merawat kesihatan dari setiap golongan umur.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK