Persatuan Penduduk Tonggak Keamanan
alaupun pada dasarnya soal keselamatan menjadi tanggungjawab pihak polis namun penduduk Taman Ilham juga berganding bahu bagi memastikan keamanan kawasan perumahan mereka. Tanggungjawab ini dipikul oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Taman Ilham yang menjadi tonggak penduduk. Selain Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham, terdapat juga Rukun Tetangga yang membantu pihak berkuasa menangani masalah keselamatan di sini. Rukun Tetangga di sini bertugas secara sukarela dan selalunya membuat rondaan sekali seminggu.
Terdapat sebuah pondok polis berdekatan jika terdapat sebarang masalah jenayah dan memerlukan bantuan polis untuk bertindak. Dengan adanya kemudahan keselamatan ini, tahap keselamatan di kawasan Taman Ilham berada di dalam keadaan yang terkawal kerana pihak polis sentiasa menjaga keamanan dan kestabilan penduduk di bawah seliaannya. |