Kebajikan Penduduk Tetap Terpelihara

B

agi memastikan setiap penduduk Taman Ilham tidak ketinggalan dalam arus pembangunan, Majlis Perbandaran Kluang menyediakan kemudahan asas yang lengkap untuk mereka. Salah satu kemudahan asas yang terdapat di Taman Ilham ialah dewan orang ramai yang baru dibina untuk memudahkan penduduk dalam menjalani aktiviti sukan, mesyuarat dan program-program yang melibatkan penduduk setempat.

 
Surau Nurul Iman, Taman Ilham
 

Penduduk Taman Ilham mendapat kemudahan asas yang mencukupi seperti jalan raya yang berturap, bekalan air bersih dan elektrik serta kemudahan lain. Terdapat juga beberapa prasarana yang disediakan bagi tujuan kemudahan penduduk di sini seperti tadika, sekolah rendah dan menengah, taman permainan kanak-kanak dan gelanggang sepak takraw, bola jaring dan bola tampar.

Penduduk di sini tidak perlu risau jika tidak terdapat kemudahan pengangkutan untuk ke bandar berdekatan kerana kemudahan pengangkutan turut disediakan di kawasan perumahan Taman Ilham. Sistem pengangkutan awam, perhentian bas dan teksi tersedia bagi memudahkan penduduk di sini ke Bandar Kluang.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK