Mempraktikkan Cara Hidup Melayu

T

empias arus kemodenan sedikit sebanyak mengubah aktiviti ekonomi dan infrastruktur di Taman Ilham namun perhubungan di antara taman perumahan dengan kawasan-kawasan sekitarnya masih tidak terjejas. Adat Melayu yang menitik-beratkan soal-soal keperibadian sahsiah diri masih lagi dipraktikkan hingga kini. Kampung-kampung di sekitar Taman Ilham adalah Kampung Tengah, Kampung Paya, Kampung Baru, Taman Kampung Tengah dan Taman Indah Jaya.

Kampung-kampung sekitar sering menyertai aktiviti kemasyarakatan atau majlis-majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat menjalin hubungan ukhuwah di antara satu sama lain. Antara aktiviti yang sering dijalankan adalah aktiviti keagamaan seperti Maulidur Rasul, sambutan Hari Raya Aidiladha, Perayaan Kuih Bulan dan lain-lain lagi.

“Penduduk sekitar Taman Ilham menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham”

 
   

Seperti yang sedia maklum, aktiviti riadah atau kesukanan sering menjadi kegiatan utama dalam sesebuah kawasan. Aktiviti seperti itu bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dapat mengeratkan hubungan yang lebih akrab dengan penduduk kampung yang lain. Antara sukan yang selalu mendapat sambutan golongan belia ialah bola sepak dan futsal. Bagi golongan belia wanita pula, perlawanan persahabatan bola jaring selalu dijalankan hampir setiap tahun. Kebanyakan perlawanan persahabatan itu dianjurkan oleh Rakan Muda Cawangan Kluang.

 
Taman Kampung Tengah yang terletak berhampiran
 

Aktiviti ekonomi bagi penduduk-penduduk kampung sekitar tidak banyak bezanya dengan Taman Ilham. Mereka kebanyakannya memilih untuk bekerja di sektor awam dan sektor swasta yang terdapat di bandar Kluang khususnya. Cara hidup masyarakat Melayu seperti tolong menolong serta bergotong-royong yang diterapkan di Taman Ilham dan kampung sekitar patut dicontohi oleh kawasan penempatan lain.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK