Biro Wanita Turut Memainkan Peranaan

Persatuan Penduduk Taman Ilham

J

awatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham ditubuhkan antara lain sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh merapatkan perpaduan antara kaum atau sesama penduduk. Melalui persatuan penduduk, maklumat–maklumat dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada para penduduk. Jawatankuasa Persatuan Penduduk juga berperanan mengatur projek-projek kecil yang memberi manfaat kepada masyarakat kampung seperti gotong-royong, sukan dan lain-lain.

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham diselenggara oleh ketua penduduk Taman Ilham iaitu Abdul Ghani Haji Suratman. Pelbagai biro diwujudkan bagi memantapkan lagi organisasi Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham. Antaranya biro yang diwujudkan adalah Biro Agama, Biro Sukan dan Rekreasi, Biro Keselamatan, Biro Wanita dan Biro Kesenian dan Kebudayaan. Sejak sekian lama Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham berperanan untuk mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat di samping memajukan kampung.

Program Yang Dijalankan

Sehingga kini program-program yang telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham berjaya meningkatkan modal insan penduduk. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti gotong-royong membantu mangsa banjir Taman Ilham, aktiviti kesukanan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di antara penduduk sekitarnya. Bagi tempoh yang akan datang, Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ilham akan terus merancang dan melaksanakan aktiviti–aktiviti kemasyarakatan sesuai dengan dasar-dasar semasa kerajaan.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK