Mengeksport Makanan Tradisional
ajoriti penduduk di Taman Ilham bekerja di sektor awam dan swasta. Ini kerana lokasi Taman Ilham yang berdekatan dengan Bandar Kluang. Bandar Kluang boleh diibaratkan sebagai lombong emas, tempat tumpuan penduduk di sini untuk mencari rezeki. Ada juga di antara penduduk di sini yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, menjual barang-barang keperluan harian dan membuka kedai-kedai makan. Di sini juga terdapat kawasan perkilangan yang banyak menawarkan peluang pekerjaan.
Kawasan sekitar Taman Ilham juga terkenal dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti perusahaan membuat kuih-kuih tradisional, rempeyek, tumpi dan pelbagai jenis kek yang sentiasa mendapat permintaan dari orang ramai di sekitar Semenanjung Malaysia mahupun luar negara seperti New Zealand dan Singapura. |