Taman Ilham terletak kira-kira dua kilometer dari Daerah Kluang. Taman Ilham terkenal dengan produk kuih tradisionalnya seperti baulu, kuih kapit, rempeyek, tumpi dan pelbagai jenis kek. Produk ini diusahakan oleh Wak Tunot Enterprise secara kecil-kecilan sejak tahun 2003. Setelah sekian lama, produknya berjaya menjengah pasaran antarabangsa seperti Singapura dan New Zealand. Bengkel pemprosesan beliau sering dikunjungi pengunjung yang ingin melihat cara pembuatan kuih tradisional tersebut dengan lebih dekat lagi.


Sejarah Pelancongan
Setelah Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin mendengar kisah penduduk yang sudah puas mencari ilham bagi memberikan nama yang sesuai, akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yasin mencadangkan nama Taman Ilham.

Hutan Lipur Gunung Belumut antara tempat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Terletak 32 kilometer dari Bandar Kluang melalui jalan raya Kluang-Mersing.
 
 
Penafian | Laman Web KTAK